Login | Guestbook | Site map | 1 active visitor
MENU

PROFIL
 
KENALI KAMI

EMSEA Marketing Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat BUMIPUTERA MELAYU MUSLIM yang ditubuhkan pada tahun 2008. Ia merupakan syarikat pengeluar rangkaian produk HALAL LAGI MUSLIM dengan jenama MUSLIM CHOICETM.

Misi EMSEA Marketing Sdn. Bhd. adalah untuk memasarkan rangkaian produk MUSLIM CHOICETM untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk HALAL yang pesat berkembang di seluruh dunia.

Asas perniagaan ini adalah untuk memasarkan rangkaian produk minuman, makanan kesihatan, kosmetik dan dandanan diri HALAL yang berasaskan MADU LEBAH dan herba terpilih yang dihasilkan di kilang kami di Taman Industri Kilang IKS MIEL, Kuala Kangsar, PERAK dan syarikat-syarikat gabungan di seluruh Malaysia.

Sejajar dengan ini, satu kaedah piawaian pengilangan HALAALAN THOYYIBA diperkenalkan di kilang kami dan rangkaian kilang bersekutu di dalam usaha untuk menghasilkan produk yang benar-benar menepati syara’. Oleh itu, berteraskan slogan “HALAL LAGI MUSLIM” adalah lambang komitmen kami kepada kepuasan dan manfaat terbaik kepada pengguna.

Keupayaan kami untuk menceburi dunia perniagaan yang serba dinamik dan mencabar ini merupakan satu cabaran positif kepada kami di EMSEA Marketing Sdn. Bhd. Dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam teknologi pengilangan terkini dan dengan pengalaman luas kami di dalam pengeluaran dan pemasaran produk pengguna, adalah dijangkakan usaha kami akan dikenali di peringkat global dan produk kami INSYAALLAH akan mendapat tempat di hati pengguna Muslim seluruh dunia.

 

MISI, VISI & MOTTO

MISI :

  1. Mengumpul, memasarkan dan memberi khidmat sokongan melalui rangkaian produk-produk MUSLIM CHOICETM yang dihasilkan oleh usahawan MUSLIM ke seluruh dunia.

  2. Untuk menyelesaikan permasalahan kepengunaan barangan HALAL LAGI BAIK serta mempertahankan maruah hak pengguna ISLAM.

VISI :

  1. Untuk mendorong pasaran HALAL LAGI BAIK dan menjana peluang perniagaan bagi membangunkan ekonomi ISLAM.

  2. Untuk membina sebuah Komuniti Pengguna dan Usahawan MUSLIM yang bersifat Jemaah.

  3. Menjanakan kekuatan ummah melalui komitmen ekonomi dalam mempromosikan barangan HALAL LAGI BAIK yang berkonsepkan MUSLIM dengan membawa slogan 'HALAL LAGI MUSLIM’ bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di kalangan masyarakat ISLAM.


MOTTO :

“HALAL LAGI MUSLIM”

“MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU, MENCARI YANG MUSLIM INI KIFAYAH”

Copyright 2008 EMSEA MARKETING SDN. BHD. All rights reserved.